BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

MIMPI YANG ANEH.. ADAKAH ITU PETUNJUK DUNIA SUDAH DI AKHIR ZAMAN?

semalam ku bermimpi.mimpi yang aneh dan pelik.
membuatkan aku takut kerana iman di dada belum cukup. mungkin itu adalah satu petanda untukku supaya lebih mendekatkan diri kepadaNya. kerana aku akui, aku insan yang kerdil yang amat Dhaif dan jahil.

 berbalik kepada mimpiku,selalunya kalau orang bermimpi, bila dah bangun dia dah lupa apa yang dimimpikan.kerana mimpi adalah mainan tidur.
tapi aku tidak, mimpiku terngiang-ngiang di fikiran dn aku ingat satu persatu apa yang terjadi.

sebenarnya bermula macam ni..suasana ketika aku sedang berjalan seorang untuk pulang ke rumahku.tiba di pertengahan jalan, nampak terbit cahaya api yang sangat besar dari sebuah gunung,api itu kelihatan dari sekecil2 api, membesar dan menyebabkan gempabumi.aku tidak berganjak dari situ dan melihat saja apa yang berlaku.gempa yang pertama menyebabkan tanah runtuh,dan gempa yang kedua menyebabkan rumahku sebahagian ditimbus oleh tanah. Lalu aku teringat bonda. aku berlari ke rumah untuk mendapatkan bonda.namun dia tiada disitu.yang ada kakakku achik dan anak buahku wafiy sahaja. bondaku ke mana?puasku berfikir.

dalam sedang mencari bonda, gempa yang kedua berlaku dari arah gunung berhampiran gunung tadi.ku melihat orang2 kampung bertempiaran lari selamatkan diri. Namun kami masih mencari bonda. tidak lama selepas itu kulihat bonda sedang berlari mendapatkan kami.
kami tidak tahu apa yang harus lakukan, hendak lari ke mana? tidak lama selepas itu,kami melihat satu cahaya keluar dari arah Barat. bondaku berkata itu matahari!!!, Ya Allah sungguh besar kuasaMu, Ya anak-anakku itu tanda kiamat sudah tiba.Dunia sudah di akhir zaman!!
kami ketakutan sambil membaca ayat2 suci dan berdoa. kami lihat cahaya matahari semakin lama semakin tegak berdiri di atas kepala.. Lantas aku tersedar dari mimpi dan melihat jam di handphone yang menunjukkan jam 5.50 pagi.dan kedengaran suara azan Subuh dari surau depan rumahku di Taman Puncak Utama.

1 comments:

Muhammad Arif Ismail said...

apabila matahari keluar dari barat, itu menandakan pintu taubat telah ditutup. Sebelum ianya menjadi realiti, kita sama-sama bertaubat dan dekatkan diri padaNya. Ini bukan untuk awk sahaja, tapi untuk semua org yang membaca blog ini.