BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 31, 2009

PERMAISURI HATIKU


Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana
Tuhan kekalkanlah

Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

Wednesday, March 25, 2009

stress

stress!!!!

korang penah stress tak?

aku skrg tgh stress..hutang belambak. camne aku nak bayar ni..

byk sungguh masalah aku ni..

hmm,apa2 pun jgn sampai jadi gila..



chow dulu. babai

Tuesday, March 17, 2009

30 Rahsia Wanita

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Bagi aku bukan 30 je rahsia…banyak lagi…tapi yg ni cukup untuk dijadikan panduan. Papehal pun, just be yourself, jgn hipokrit…
from:irwandy.com

DIARI

Byk yg aku nk tulis sebenarnya tentang hidup aku 2,3 hari ni.
Tapi disebabkan byk urusan yg perlu aku selesaikan,busy memanjang, so aku terpaksa postpone diari aku ni. dan,tibalah masanya...jeng jeng jeng...

13/03/2009
hari yg sibuk,byk tugasan yg aku perlu selesaikan. sampaikan call @ mesej dari kawan pun aku x sempat balas..tiada yg menarik,aku tempuhi hari itu dengan penuh kesibukan.

14/03/2009
bangun,solat dan terus mulakan tugasan.aku mesti siapkannya secepat yg boleh tanpa ada masalah.sama seperti semalam,hari yg sibuk..

15/3/2009
sunday morning,aku luangkan masa keluar bersama kawan2.kami ke one utama,aku gunakan masa yg ada sepenuhnya dengan enjoy,kwn2ku ada yg shopping.aku? hak3,window shopping je la..kua kua kua.
haa,aku jumpa FAIZAL ISMAIL kat sane..dia babai kt kitorang..hak3 terasa mcm kami artis pulak..patutnye kami yg babai kat dia..hak3.

balik dari one utama,malamnya aku ingat nk rehat sekejap n terus menyambungkan tugasanku yang terbengkalai..tetapi lain pulak yg jadi,kakak aku yg kt cheras tu ajak keluar makan same..pakwe baru dia si putera shazlan tu nak belanja. so,aku cadangkan diorang makan kat kedai berdekatan dengan umah aku.sebabnye aku malas nak kuar jauh-jauh..penat petang tadi tak abis lagi. pada mulanya aku nak bawak diorang makan kat AIMAN TOMYAM tu je..hehe tempat aku ngan si dia selalu jumpa..tapi kedai tu tutup pulak..hampeh betul..so terpaksa aku bawak diorang makan kt restoran Ayam golek.. Hmm lama gak la keluar ngan diorang..kakak aku byk bercerita tentang kampung..hampeh,mentang2 la dia balik kampung ari tu.jeles aku..

sebenarnye akak aku ajak keluar sebab kebetulan dia dari shah alam,huhu dia nak sambung belajar lagi..aku ingatkan nak kawin..apa-apa hal pun gud luck my dear sis.

DAN seterusnya,aku balik rumah dan mula sambung buat tugasan..dan pada malam tu aku dapat mesej darinya..malam yg pelik bagiku kerana dia bersikap pelik pada malam itu..aku dapat tahu yg dia Demam da banyak hari, dam malam itu sambil buat tugasan,aku balas mesej-mesej nya.

dia buat malamku bercahaya,dan semakin aku semangat untuk terus siapkan tugasanku.
korang nak tahu apa yg dia buat utk aku?

Dia bagi aku satu lirik lagu yg menyentuh segenap perasaanku.. walaupun baginya hanya sekadar lagu,aku tidak peduli,apa yg penting malam itu penuh cahaya..
HIJAB KEKASIH.

Awak,mungkin lirik yg awak bagi tu awak saje2 nak bagi @ takde makna ape2pun,mungkin takde kaitan dengan perasaan awak, tapi thanks a lot. awak dah buat hati sy berbunga.


HIJAB KEKASIH- M.NASIR

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu


16/03/2009
semalam aku tidur pukul 4 pagi..alhamdulillah siap akhirnya tugasanku.
pukul 12 tengahari aku jalankan tugasku sebagai pelajar. pukul 2 petang aku pulang ke rumah dan rehatkan diri. menjelang pukul 4.30 petang aku tunaikan tugasku sebagai pelajar. sementara menunggu bas rapidkl T632, aku diganggu oleh "pakcik teksi" yg gatal. aku kenal pakcik tu,dia pernah ingin mengambil kesempatan terhadapku. hari ni aku dikejutkan dengan kedatangannya.kecut perut aku, berdebar2 hatiku.nasib baik ada seorang budak lelaki bersama denganku di situ..kalau tak aku tak tahu apa akan terjadi. pakcik teksi tu datang dan berulangkali mempelawa aku naik teksinya. aku menolak dan bagitau dia yg aku tengah tunggu pakwe aku datang ambik.. pakcik itu bengang lalu pergi..
p/s:jangan mudah percayakan orang.

Friday, March 13, 2009

PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki Pilihan Wanita

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Thursday, March 12, 2009

si gadis cilik

pukul 2 petang, RapidKL T632 dalam perjalanan dari UM ke Pantai Hill Park.


Alhamdulialah ketika itu tidak ramai yang menunggu bas. aku salah seorang daripadanya sedang menunggu bas utk pulang ke Taman Bukit Angkasa.. bas tiba dan aku terus mengambil tempat duduk dibahagian tengah.. setibanya di Vista Angkasa, 6 si gadis cilik yg lengkap berpakaian seragam sekolah menaiki bas dan terus meluru ke bahagian tengah tempat duduk berhadapan denganku..

aku melihat ragam mereka,seorang gadis cilik dlm lingkungan umur 13tahun sedang bersembang di telefon bimbitnya..seorang lagi sedang menaip mesej..

ragam yang biasa dilihat oleh semua terutamanya aku..


seorang lagi gadis cilik hitam manis berada di depanku berjaya mencuit hatiku..langkahnya yg lemah lembut,senyumannya yg manis tapi kelihatan dirinya yg sungguh dhaif.. tiada kawan yg ingin berbual dengannya..wajahnya kulihat selalu menunduk,tetapi nampak cekal. si gadis ini mengingatkan aku kepada seseorang..iaitu saudara ku yang berada dikampung..gadis hitam manis yang cekal dan tabah,dan selalu mengalah dengan adik-adiknya dalam apa jua hal.


Siapakah ibu empunya gadis ini? sejuk hati ibu yang melahirkan si gadis hitam manis ini. senyumannya menawan,pasti ada sang teruna yg menanti..


semoga bertemu lagi si gadis manis.


RapidKL T632 berhenti di Taman Bukit Angkasa.. aku menghela nafas lega sambil menyebut Alhamdulillah sampai juga akhirnya..


“Ceriakan wajah mu senyumlah selalu”Jika ini diamal olehmuPasti dikau dipandang tak jemu.

Wednesday, March 11, 2009

telah ku luahkan padanya...
aku sayang padanya..

telah dia tahu perasaan itu..
dan dia juga telah luahkan isi hatinya..
tapi kenapa dia tidak percaya dengan perasaannya..
kenapa dia menidakkan kebenaran yg bersarang dihatinya?

''sy syg awak lebih dari seorang kawan
tapi saya tidak pasti adakah itu CINTA''

APAKAH SEBENARNYA PERASAAN ITU..

luahan hati

aku merinduimu sepenuh hati

aku juga mencintaimu seikhlas hati

apakah kau dapat merasainya

apakah kau juga merindu dan mencintai diri ku

hari ini, saat ini, tika ini, aku merasakan sungguh jauh

aku merasakan kesepian, aku merasakan kelesuan dan aku merasakan kekhilafan

apakah semua ini pasti akan berlaku

apakah semua ini pasti akan terjadi

tapi mengapa ianya begitu pedih untuk ditelan
aku hairan dan bingung
aku rasakan ini semua kerana diri ku ini
insan yang tidak menghargai kesucian cinta
insan yang tidak menilai erti kerinduan
insan yang dhaif dalam berkasih

kini

aku lemah
aku hampa
aku resah
aku bingung

ya tuhan

kalau semua ini satu dugaan hidup

aku bersyukur

aku redha dengan apa yang terjadi

ya tuhan

kalau semua ini satu anugerah untuk kebaikan

aku terima aku terima dengan hati yang penuh keinsafan

pena menari lagi..

ari ni aku jadi malas sangat..satu keje pun aku x bole konsentret.
along aku ajak balik kg malam ni..aku x tahu nak balik ke x.
malas aku.
xkan nak ponteng kelas sok.
apsal aku malas haa..
emm,smlm aku mesej mamat 2..
dia jawab mesej aku acuh x acuh je.. aku pun jadi malas nk mesej dia lagi. nampak sgt dia x suka kt aku.

emm,nape aku ingat kt dia hah???

Tuesday, March 10, 2009




cinta ini membunuhku..


aku tidak tahu bagaimana caranya utk menghapuskan rasa rindu ini,rasa cinta ini benar2 membunuhku.

tangisan itu..

semalam aku menangis,aku menantinya dengan penuh harapan tapi kenapa aku diperlakukan seperti aku tidak wujud di dalam dunianya,didalam kehidupannya?
aku merasakan seperti patung yang berada di tengah-tengah taman,dia mengunjungiku apabila secara kebetulannya berada di situ..apa harus ku katakan,bagaimana untuk meluahkan rasa ini..
bagaimana caranya untuk kubuang rasa ini..aku sudah tidak sanggup menanggungnya lagi...

Pagi tadi slps bangun dari tidur,aku terus mandi dan bersiap2 utk ke puduraya menemani rakanku berjumpa adiknya di sana..bengkak mataku jelas kelihatan dan aku tidak mampu menyembunyikannya..sebelum turun dari rumah,aku mengenakan eye liner dan mascara utk menyembunyikan bengkak dimataku akibat tangisan semalam..
tetapi solekan itu jelas tidak dapat menyembunyikannya drp kelihatan.
rakanku bertanya kpd ku apa yg terjadi semalam sehinggakan aku menangis..
aku diamkan diri dan berbuat seolah2 tiada apa yg terjadi..
ah... aku tidak mahu ingat lagi..biarlah aku sendiri memendam perasaan itu.

Saturday, March 7, 2009

salam ku untukmu.

di sini kuluahkan segalanya..
sepi sendiri tiada siapa yg ingin mendengarnya.
hanya di sini, ruang hatiku bergema.