BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

si gadis cilik

pukul 2 petang, RapidKL T632 dalam perjalanan dari UM ke Pantai Hill Park.


Alhamdulialah ketika itu tidak ramai yang menunggu bas. aku salah seorang daripadanya sedang menunggu bas utk pulang ke Taman Bukit Angkasa.. bas tiba dan aku terus mengambil tempat duduk dibahagian tengah.. setibanya di Vista Angkasa, 6 si gadis cilik yg lengkap berpakaian seragam sekolah menaiki bas dan terus meluru ke bahagian tengah tempat duduk berhadapan denganku..

aku melihat ragam mereka,seorang gadis cilik dlm lingkungan umur 13tahun sedang bersembang di telefon bimbitnya..seorang lagi sedang menaip mesej..

ragam yang biasa dilihat oleh semua terutamanya aku..


seorang lagi gadis cilik hitam manis berada di depanku berjaya mencuit hatiku..langkahnya yg lemah lembut,senyumannya yg manis tapi kelihatan dirinya yg sungguh dhaif.. tiada kawan yg ingin berbual dengannya..wajahnya kulihat selalu menunduk,tetapi nampak cekal. si gadis ini mengingatkan aku kepada seseorang..iaitu saudara ku yang berada dikampung..gadis hitam manis yang cekal dan tabah,dan selalu mengalah dengan adik-adiknya dalam apa jua hal.


Siapakah ibu empunya gadis ini? sejuk hati ibu yang melahirkan si gadis hitam manis ini. senyumannya menawan,pasti ada sang teruna yg menanti..


semoga bertemu lagi si gadis manis.


RapidKL T632 berhenti di Taman Bukit Angkasa.. aku menghela nafas lega sambil menyebut Alhamdulillah sampai juga akhirnya..


“Ceriakan wajah mu senyumlah selalu”Jika ini diamal olehmuPasti dikau dipandang tak jemu.

0 comments: