BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 7, 2010

Rupa-rupanya Ramadhan dah sampai ke Penghujung

Rupa-rupanya kehadiranmu Ramadhan sudah sampai Penghujung..
Dalam aku tidak sedar, bermulanya kamu, berakhirnya kamu..
Dan Syawal telah berkira-kira untuk menjadi pengganti Ramadhan.
Alhamdulillah kehadiranmu Ramadhan mengajarkan erti kesabaran, mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Semoga hidup dirahmati Yang Esa.
Amin.



Dikesempatan ini, sejuta kemaafan kupohon dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada terkasar bahasa 
terkhilaf kata. Harap tak disimpan dalam hati. :)

~ KEHIDUPAN BARU YANG INDAH ~



Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah S.W.T ini.
Agak lama juga aku tak 'update' blog ni. Kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku di luar dugaan. Namun Alhamdulillah dengan penuh kesabaran aku dapat menghadapinya dengan tenang.

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan baru yang indah?
Sebenarnya baru-baru ini pintu hatiku terbuka untuk seseorang. Seseorang yang dulunya pernah berada di sudut ruang hatiku, namun tidak kekal lama.
Kami bermula sebagai SAHABAT, terus membibitkan perasaan cinta lalu tercipta ikatan KASIH KEKASIH, namun ikatan itu tidak bertahan dek kerana perasaan yang tidak menentu..kadang-kadang dihantui perasaan bersalah,kasihan,layakkah aku berdampingan dengannya? ~~lalu aku mengambil keputusan untuk mengakhirinya sebagai SAHABAT~~

Namun 4 tahun mencari diri, belum juga ketemu. Dalam aku mencari kehidupan sendiri,dia SAHABATKU paling banyak bersabar. Kesabarannya menggugat hatiku untuk mencipta ruang itu sekali lagi ~~
Akhirnya Mei 2010 aku benar-benar telah membuka pintu hati ini untuknya. Dan ikatan KASIH KEKASIH itu bertaut kembali. Untukmu Radzuan Hanif bin Aziz.

Alhamdulillah, aku bersyukur mengenalinya. Dia mengajarku erti kehidupan, dia mencipta Sinar dalam hidup ini, dia juga sudi menerimaku apa adanya aku. Alhamdulillah.

Sekarang aku bahagia dalam mengecap kehidupan ini,walaupun cabaran dan dugaan itu datang silih berganti, namun hidup tak selamanya begini. Sekejap kita akan bahagia, sekejap kita akan bersedih, sudah menjadi lumrah hidup. Tempuhilah dengan sabar, dan redha lah dengan setiap ujian-Nya.



Bahagia itu Milikku