BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 17, 2009

DIARI

Byk yg aku nk tulis sebenarnya tentang hidup aku 2,3 hari ni.
Tapi disebabkan byk urusan yg perlu aku selesaikan,busy memanjang, so aku terpaksa postpone diari aku ni. dan,tibalah masanya...jeng jeng jeng...

13/03/2009
hari yg sibuk,byk tugasan yg aku perlu selesaikan. sampaikan call @ mesej dari kawan pun aku x sempat balas..tiada yg menarik,aku tempuhi hari itu dengan penuh kesibukan.

14/03/2009
bangun,solat dan terus mulakan tugasan.aku mesti siapkannya secepat yg boleh tanpa ada masalah.sama seperti semalam,hari yg sibuk..

15/3/2009
sunday morning,aku luangkan masa keluar bersama kawan2.kami ke one utama,aku gunakan masa yg ada sepenuhnya dengan enjoy,kwn2ku ada yg shopping.aku? hak3,window shopping je la..kua kua kua.
haa,aku jumpa FAIZAL ISMAIL kat sane..dia babai kt kitorang..hak3 terasa mcm kami artis pulak..patutnye kami yg babai kat dia..hak3.

balik dari one utama,malamnya aku ingat nk rehat sekejap n terus menyambungkan tugasanku yang terbengkalai..tetapi lain pulak yg jadi,kakak aku yg kt cheras tu ajak keluar makan same..pakwe baru dia si putera shazlan tu nak belanja. so,aku cadangkan diorang makan kat kedai berdekatan dengan umah aku.sebabnye aku malas nak kuar jauh-jauh..penat petang tadi tak abis lagi. pada mulanya aku nak bawak diorang makan kat AIMAN TOMYAM tu je..hehe tempat aku ngan si dia selalu jumpa..tapi kedai tu tutup pulak..hampeh betul..so terpaksa aku bawak diorang makan kt restoran Ayam golek.. Hmm lama gak la keluar ngan diorang..kakak aku byk bercerita tentang kampung..hampeh,mentang2 la dia balik kampung ari tu.jeles aku..

sebenarnye akak aku ajak keluar sebab kebetulan dia dari shah alam,huhu dia nak sambung belajar lagi..aku ingatkan nak kawin..apa-apa hal pun gud luck my dear sis.

DAN seterusnya,aku balik rumah dan mula sambung buat tugasan..dan pada malam tu aku dapat mesej darinya..malam yg pelik bagiku kerana dia bersikap pelik pada malam itu..aku dapat tahu yg dia Demam da banyak hari, dam malam itu sambil buat tugasan,aku balas mesej-mesej nya.

dia buat malamku bercahaya,dan semakin aku semangat untuk terus siapkan tugasanku.
korang nak tahu apa yg dia buat utk aku?

Dia bagi aku satu lirik lagu yg menyentuh segenap perasaanku.. walaupun baginya hanya sekadar lagu,aku tidak peduli,apa yg penting malam itu penuh cahaya..
HIJAB KEKASIH.

Awak,mungkin lirik yg awak bagi tu awak saje2 nak bagi @ takde makna ape2pun,mungkin takde kaitan dengan perasaan awak, tapi thanks a lot. awak dah buat hati sy berbunga.


HIJAB KEKASIH- M.NASIR

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu


16/03/2009
semalam aku tidur pukul 4 pagi..alhamdulillah siap akhirnya tugasanku.
pukul 12 tengahari aku jalankan tugasku sebagai pelajar. pukul 2 petang aku pulang ke rumah dan rehatkan diri. menjelang pukul 4.30 petang aku tunaikan tugasku sebagai pelajar. sementara menunggu bas rapidkl T632, aku diganggu oleh "pakcik teksi" yg gatal. aku kenal pakcik tu,dia pernah ingin mengambil kesempatan terhadapku. hari ni aku dikejutkan dengan kedatangannya.kecut perut aku, berdebar2 hatiku.nasib baik ada seorang budak lelaki bersama denganku di situ..kalau tak aku tak tahu apa akan terjadi. pakcik teksi tu datang dan berulangkali mempelawa aku naik teksinya. aku menolak dan bagitau dia yg aku tengah tunggu pakwe aku datang ambik.. pakcik itu bengang lalu pergi..
p/s:jangan mudah percayakan orang.

0 comments: