BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 11, 2011

Malas Update!!

Sememangnya saya seorang yg malas nak update blog.
okey, cerita terbaru!!! saya sudah kawen!!!hehehe..
18.03.2011 detik bersejarah buat kami. Alhamdulillah,jodoh kami akhirnya bersatu..
next post will update..stay tune...hehehhe :)




Tuesday, September 7, 2010

Rupa-rupanya Ramadhan dah sampai ke Penghujung

Rupa-rupanya kehadiranmu Ramadhan sudah sampai Penghujung..
Dalam aku tidak sedar, bermulanya kamu, berakhirnya kamu..
Dan Syawal telah berkira-kira untuk menjadi pengganti Ramadhan.
Alhamdulillah kehadiranmu Ramadhan mengajarkan erti kesabaran, mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Semoga hidup dirahmati Yang Esa.
Amin.



Dikesempatan ini, sejuta kemaafan kupohon dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada terkasar bahasa 
terkhilaf kata. Harap tak disimpan dalam hati. :)

~ KEHIDUPAN BARU YANG INDAH ~



Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah S.W.T ini.
Agak lama juga aku tak 'update' blog ni. Kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku di luar dugaan. Namun Alhamdulillah dengan penuh kesabaran aku dapat menghadapinya dengan tenang.

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan baru yang indah?
Sebenarnya baru-baru ini pintu hatiku terbuka untuk seseorang. Seseorang yang dulunya pernah berada di sudut ruang hatiku, namun tidak kekal lama.
Kami bermula sebagai SAHABAT, terus membibitkan perasaan cinta lalu tercipta ikatan KASIH KEKASIH, namun ikatan itu tidak bertahan dek kerana perasaan yang tidak menentu..kadang-kadang dihantui perasaan bersalah,kasihan,layakkah aku berdampingan dengannya? ~~lalu aku mengambil keputusan untuk mengakhirinya sebagai SAHABAT~~

Namun 4 tahun mencari diri, belum juga ketemu. Dalam aku mencari kehidupan sendiri,dia SAHABATKU paling banyak bersabar. Kesabarannya menggugat hatiku untuk mencipta ruang itu sekali lagi ~~
Akhirnya Mei 2010 aku benar-benar telah membuka pintu hati ini untuknya. Dan ikatan KASIH KEKASIH itu bertaut kembali. Untukmu Radzuan Hanif bin Aziz.

Alhamdulillah, aku bersyukur mengenalinya. Dia mengajarku erti kehidupan, dia mencipta Sinar dalam hidup ini, dia juga sudi menerimaku apa adanya aku. Alhamdulillah.

Sekarang aku bahagia dalam mengecap kehidupan ini,walaupun cabaran dan dugaan itu datang silih berganti, namun hidup tak selamanya begini. Sekejap kita akan bahagia, sekejap kita akan bersedih, sudah menjadi lumrah hidup. Tempuhilah dengan sabar, dan redha lah dengan setiap ujian-Nya.



Bahagia itu Milikku

Thursday, February 11, 2010

kembali selepas menyepi..

agak lama jugak aku menyepikan diri. tak update blog..
now aku nak spent time sikit untuk tatapan semua.
my life journey, sekarang aku dah tukar kerja lagi,lepas 2 bulan kerja kat CLJ Law, aku dapat tawaran kerja kat Carrefour Bandar Tun Hussein Onn sebagai IBHR. So mungkin rezeki aku di situ tambah pula dekat ngan family.
dah sebulan keje kat situ, anyway banyak dugaan dan cabarannya, full of pressure.but i'm sure that i can take the challenge smoothly. (btul ke ayat mat saleh aku ni?)

so, cukup di sini saja, sebenarnya banyak yg nak aku ceritakan. mungkin di lain masa. InsyaAllah.

Thursday, October 29, 2009

Loving the Man Who Doesn't Love Back

Victim of love,
I see a broken heart,
You've got your story to tell,

Victim of love,
It's such an easy part
And you know how to play it
so well.

. . . I think you know
what i mean,
You're walking the wire
Of pain and desire,
Looking for love in between.
-----Victim of Love----

Wednesday, October 28, 2009

MIMPI YANG ANEH.. ADAKAH ITU PETUNJUK DUNIA SUDAH DI AKHIR ZAMAN?

semalam ku bermimpi.mimpi yang aneh dan pelik.
membuatkan aku takut kerana iman di dada belum cukup. mungkin itu adalah satu petanda untukku supaya lebih mendekatkan diri kepadaNya. kerana aku akui, aku insan yang kerdil yang amat Dhaif dan jahil.

 berbalik kepada mimpiku,selalunya kalau orang bermimpi, bila dah bangun dia dah lupa apa yang dimimpikan.kerana mimpi adalah mainan tidur.
tapi aku tidak, mimpiku terngiang-ngiang di fikiran dn aku ingat satu persatu apa yang terjadi.

sebenarnya bermula macam ni..suasana ketika aku sedang berjalan seorang untuk pulang ke rumahku.tiba di pertengahan jalan, nampak terbit cahaya api yang sangat besar dari sebuah gunung,api itu kelihatan dari sekecil2 api, membesar dan menyebabkan gempabumi.aku tidak berganjak dari situ dan melihat saja apa yang berlaku.gempa yang pertama menyebabkan tanah runtuh,dan gempa yang kedua menyebabkan rumahku sebahagian ditimbus oleh tanah. Lalu aku teringat bonda. aku berlari ke rumah untuk mendapatkan bonda.namun dia tiada disitu.yang ada kakakku achik dan anak buahku wafiy sahaja. bondaku ke mana?puasku berfikir.

dalam sedang mencari bonda, gempa yang kedua berlaku dari arah gunung berhampiran gunung tadi.ku melihat orang2 kampung bertempiaran lari selamatkan diri. Namun kami masih mencari bonda. tidak lama selepas itu kulihat bonda sedang berlari mendapatkan kami.
kami tidak tahu apa yang harus lakukan, hendak lari ke mana? tidak lama selepas itu,kami melihat satu cahaya keluar dari arah Barat. bondaku berkata itu matahari!!!, Ya Allah sungguh besar kuasaMu, Ya anak-anakku itu tanda kiamat sudah tiba.Dunia sudah di akhir zaman!!
kami ketakutan sambil membaca ayat2 suci dan berdoa. kami lihat cahaya matahari semakin lama semakin tegak berdiri di atas kepala.. Lantas aku tersedar dari mimpi dan melihat jam di handphone yang menunjukkan jam 5.50 pagi.dan kedengaran suara azan Subuh dari surau depan rumahku di Taman Puncak Utama.

Tuesday, October 27, 2009

new office new look.. (thanks a lot my dear mum n friend coz say for my luck)

alhamdulillah here i am..
semalam selesai diinterview.dan juga alhamdulilah aku diterima bekerja di situ. dan bersyukur sangat pada Tuhan kerana diberi tempat kerja baru yang amat selesa berbanding di tempat lama. tengok suasana pejabat tu cukup banyak beza antara tempat lama dan baru.

kalau dulu tempat kerja lama penuh dengan chinese,but now full with 1malaysia.
kalau dulu  tiada tempat untuk solat, but now cukup dengan kemudahan itu.
kalau dulu aku tiada teman untuk berbual(cina duk cakap bahasa dia jer,bengang aku,diorang ngumpat pun aku x tahu), tapi now aku ada teman untuk berbual dan bertukar pendapat.
kalau dulu my position is higher than now clerk jer,but never mind. comfortable is very important. no stress,no interference,no sexual disorder. no stupid employer.

alhamdulillah again.
aku berharap semua masalah akan selesai.dan akan diselesaikan secara berperingkat.hahaha.
hutang keliling pinggang woo..tak boleh tidur malam duk teringat n pikir jer..
yang penting sekali akan diusahakan berlipat kali ganda.

for my bonda, maafkan anakanda kerana dari kecil hingga besar anakanda selalu menyusahkan bonda.
dah keje ni anakanda tak akan susahkan bonda lagi.duit pun anakanda akan selalu kirim cam dulu.xperlu bonda susah-susah cari duit lagi. (anakanda nak kawen nanti baru anakanda susahkan bonda lagi..hehehe)

 for the rest of my life, i would like to say thank a lot bonda for ur support and effort.
thanks a lot to my friend(he is..)coz knowing me so much. hope our relationship till de end forever n ever.